Kelab Rumpun Buluh telah menerima sebuah kumpulan iaitu BC Builder dimana mereka inginkan satu perkhemahan yang santai. Dengan jumlah ahli seramai 12 orang mereka telah diberikan sedikit pendedahan kepada hutan dan beberapa aktiviti telah diaturkan buat mereka, antaranya seperti Leadership, Combat ( Aktiviti Malam ) dan menghidupkan api. Walaupun jumlah yang agak kecil, tetapi mereka telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi. Tahniah kepada Kumpulan BC Builder.
Pada 22- 25 Disember 2012 Perkhemahan Keluarga & Remaja telah diadakan ditapak perkhemahan Sg Gading,Tg Malim.Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 24 orang peserta yang dibahagikan kepada 4 petrol.Perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka akan kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan perancangan. Terdapat juga anak – anak ahli keluarga yang turut diberi aktiviti seperti ikatan, menghidupkan api dan memasak telur dalam tanah.
Peserta juga diberi penekanan asas dalam penggunaan tali untuk membuat ikatan serta kegunaannya dalam mendirikan khemah dan membuat gajet. Antara simpulan dan ikatan asas yang dipelajari :- - Buku Sila - Simpul Manuk - Simpulan Balak - Simpulan Serong - Simpulan Seraya. Antara objektif perkhemahan ini dijalankan adalah bagi:- 1.Melatih setiap peserta supaya dapat berdikari dan sentiasa bersedia. 2.Melatih peserta menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3.Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah. 4.Memberi peluang kepada peserta mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang mereka ada. 5.Menggalakkan para peserta mengenali antara mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6.Merapatkan hubungan persaudaraan di antara peserta,leader dan pemimpin. 7.Memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. 8.Menyedarkan para peserta agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9.Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10.Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11.Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. Disamping itu juga peserta mendapat faedah daripada perkhemahan yang dijalankan seperti:- 1.Berdikari dan ikhtiar hidup. 2.Mengamalkan kebersihan. 3.Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4.Merancang segala aktiviti dan keperluan. 5.Cergas dan yakin pada diri sendiri. 6.Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. 7.Menghilangkan tekanan. 8.Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 9.Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat. 10.Semangat setia kawan dan Bekerjasama. Sepanjang pekhemahan berjalan,beberapa aktiviti telah dirancang untuk peserta seperti :- - Team Building - Night Walk - Malam suai kenal - Rintangan Tali – Monkey Bridge - Aktiviti dalam air (Leadership) - Malam kebudayaan Walaupun terdapat beberapa masalah,kerana ada peserta yang pertama kali menyertai perkhemahan dan tidak mendapat kesefahaman tetapi mereka dapat menamatkannya dengan baik.Pihak Penganjur mengucapkan “TAHNIAH” kepada semua peserta yang terlibat semoga mendapat banyak menafaat sepanjang perkhemahan tersebut dijalankan. TERIMA KASIH KEPADA ADVISER KELAB,COMMAND 1 & II,CO-LEADER,KAK SALLY,KAK YATI,MAK YANG,SERI(CHEF 5*), KAUM – KAUM IBU DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKHEMAHAN REMAJA INI.”ALL THE BEST TO YOU”. SEMOGA BERJUMPA LAGI… Sekian Terima Kasih Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, Pada 15 September 2012 bersamaan 28 Syawal 1433 Hijrah, seperti apa yang dirancang, majlis jamuan rumah terbuka KRB pada tahun ini telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Konsep santai yang disediakan agak berbeza sekali seperti tahun yang sebelumnya.Berkat kesabaran dan kerjasama dikalangan Warga KRB telah berjaya menghidupkan malam itu dengan acara-acara yang spontan lagi menghiburkan.Dengan kehadiran para tetamu jemputan yang ramai membuatkan majlis jamuan pada malam itu amat meriah sekali. Pada malam Majlis ini, seramai 7 Co-Leader telah dianugerahkan selendang Pengiktarafan.Terima Kasih kepada penaja – penaja yang telah bermurah hati memberikan sumbangan dari segi makanan dan juga tenaga dalam menjayakan lagi majlis pada malam itu. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KRB KERANA KERJASAMA YANG DIBERIKAN. Perkhemahan diLubuk Corn pada 28 & 29hb April 2012. Perkhemahan selama 2 hari satu malam ini adalah lebih fokus kepada Saudari Ina & Siti untuk merasai pengalaman separa servival dimana mereka diuji dari segi Mental dan Fizikal dengan membuat pelantar penginapan mereka sendiri disamping perlu menghidupkan api dan memasak nasi didalam buluh secara individu.Ini adalah sebahagian ujian awalan untuk mereka mencapai ketahap Co-leader. Walaupun kelihatan agak penat kerana perlu mencari buluh dan membina pelantar,semangat dan ketahanan mental telah membuatkan mereka berjaya menyempurnakan semua ujian yang diberi walaupun ada yang perkara yang perlu dibantu dari Co-leader dan Command II. Perkhemahan ini diserikan lagi dengan kehadiran Command I sekeluarga pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat kepada mereka berdua.Pada hari kedua,mereka telah dibimbing oleh Co-leader untuk menghidupkan api serta memasak nasi diatas air.Tahniah kepada Saudari Ina & Siti yang telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh melakukannya.TAHNIAH DARI KAMI SEMUA.
RIBUAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA COMMAND I SEKELUARGA KERANA TURUT SAMA MEMBANTU MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI. KEPADA MAS IDAYU,SYAFIQAH,IZZATI,RAHMAT JUGA TERIMA KASIH DENGAN KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN DAN ANDA JUGA PASTI AKAN MERASAI PENGALAMAN YANG SAMA DIMASA AKAN DATANG,INSYALLAH.BERJUMPA LAGI DIPERKHEMAHAN YANG AKAN DATANG. Pada 10-12 Mac 2012 sempena percutian sekolah yang lepas, satu perkhemahan remaja telah diadakan ditapak perkhemahan Sg Gading,Tg Malim.Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 24 orang peserta yang dibahagikan kepada 4 petrol. Setiap petrol disediakan seorang Co-leader yang membimbing mereka dalam persediaan asas tapak perkhemahan.Perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka akan kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan perancangan.
Dalam Perkhemahan asas ini peserta telah diajar untuk MEMILIH TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH dimana beberapa perkara perlu diberi perhatian dan penekaan antaranya: - Tanah atau kawasan yang rata - Terlindung dari angin dan kawasan pokok mati - Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai - Mempunyai pandangan persekitaran yang selamat dan selesa - Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap - Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan bergerak semula bagi tujuan kecemasan. Peserta juga diberi penekanan asas dalam penggunaan tali untuk membuat ikatan serta kegunaannya dalam mendirikan khemah dan membuat gajet. Antara simpulan dan ikatan asas yang dipelajari :- - Buku Sila - Simpul Manuk - Bunga Geti - Simpulan Balak - Simpulan Serong - Simpulan Silang tunku - Simpulan Seraya. Antara objektif perkhemahan ini dijalankan adalah bagi:- 1.Melatih setiap peserta supaya dapat berdikari dan sentiasa bersedia. 2.Melatih peserta menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3.Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah. 4.Memberi peluang kepada peserta mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang mereka ada. 5.Menggalakkan para peserta bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6.Merapatkan hubungan persaudaraan di antara peserta,leader dan pemimpin. 7.Memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. 8.Menyedarkan para peserta agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9.Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10.Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11.Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 12.Menyediakan tenaga pengajar yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Disamping itu juga peserta mendapat faedah daripada perkhemahan yang dijalankan seperti:- 1.Berdikari dan ikhtiar hidup. 2.Mengamalkan kebersihan. 3.Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4.Merancang segala aktiviti dan keperluan. 5.Cergas dan yakin pada diri sendiri. 6.Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. 7.Menghilangkan tekanan. 8.Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 9.Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat. 10.Semangat setia kawan dan Bekerjasama. Sepanjang pekhemahan berjalan,beberapa aktiviti telah dirancang untuk peserta seperti :- - Tracking - Malam suaikenal dan icebreaking - Pertolongan cemas dan menyelamat - Panduan Membaca kompas dan bearing - Aktiviti dalam air (Leadership) - Malam kebudayaan Walaupun terdapat beberapa masalah,kerana ada peserta yang pertama kali menyertai perkhemahan dan tidak mendapat kesefahaman tetapi mereka dapat menamatkannya dengan baik.Pihak Penganjur mengucapkan “TAHNIAH” kepada semua peserta yang terlibat semoga mendapat banyak menafaat sepanjang perkhemahan tersebut dijalankan. “SEMOGA BERJUMPA ANDA PADA PERKHEMAHAN REMAJA II PADA BULAN JUN NANTI”. TERIMA KASIH KEPADA ADVISER KELAB,COMMAND 1 & II,CO-LEADER,KAK SALLY,KAK ZU,SERI(CHEF 5*) DAN MEREKA-MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKHEMAHAN REMAJA INI.”ALL THE BEST TO YOU”. BERJUMPA LAGI PADA BULAN JUN NANTI…….HARIYOOOOOOOOOOSSSSSSS….. “KNOWLEDGE IS WEAPON” Sekian Terima Kasih. |