Pada 21-23hb Januari 2012 seramai 10 orang ahli KRB telah mengadakan perkhemahan di Lubuk Hidayah.Perkhemahan ini kursus kepada Co-leader dimana mereka ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 5 orang dimana setiap kumpulan diberikan tugasan ikthiar hidup dengan menggunakan alatan dari sumber hutan dari segi peralatan memasak dan tempat perlindungan. Perkhemahan kali ini juga menguji ketahanan mental dan fizikal dimana setiap kumpulan hendaklah menyiapkan sebuah rakit yang akan digunakan untuk pulang melalui sungai sehingga ke penghujung destinasi.Ternyata cabaran yang diterima tidak semudah yang disangka kerana terlalu banyak halangan,rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang aktiviti berakit dijalankan. Fizikal sungai yang berbatu lebih menyukarkan kami untuk berakit dengan lancar.Walaupun tidak sampai ke destinasi seperti yang dirancang kerana halangan oleh sebatang pokok yang tumbang dan menghalang laluan berakit,tapi kami semua puas kerana berjaya mengharunginya dan mungkin kesinambungan berakit ini pasti akan dirancang semula sehingga kami capai kedestinasi yang dirancang. Kepada Co-leader dan semua ahli yang terlibat “TAHNIAH” kerana bersama mengharungi cabaran dan rintangan ini.Jumpa anda di “PERKHEMAHAN REMAJA 2012″ pada 10-12hb March 2012.
Kelab Rumpun Buluh telah mengadakan Perkhemahan Keluarga 2011 yang bertempat di kawasan perkhemahan Sg Gading,Tg Malim pada 23 hingga 25hb Disember.Perkhemahan yang disertai hampir 80 orang ini telah melakarkan kejayaan yang berbeza seperti tahun – tahun yang sebelumnya. Walaupun perkhemahan kali ini mempunyai cabaran dan rintangan dari segi technical dan kekurangan main power, tetapi dengan semangat dari ahli kelab yang lain,semuanya dapat diatasi dengan baiknya.Beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dilakukan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu semasa seisi perkhemahan.Walaupun begitu, beberapa aktiviti yang dapat dijalankan seperti :
> Team building > Menyampaikan pesanan > Menghidupkan api berkumpulan > Mencari harta karun > Kombat ( aktiviti malam ) > Menghidupkan api didalam air > Aktiviti kanak – kanak Setiap aktiviti yang dijalan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh Commander I & II.Setiap kumpulan mempunyai 6 orang peserta yang dipimpin oleh 4 orang Co-leader iaitu 1. Co-Leader Jamil memimpin kumpulan Bamboo 2. Co-Leader Kassim memimpin kumpulan Nafas 3. Co-Leader Bob memimpin kumpulan Black Warrior 4. Co-Leader Jaafar memimpin kumpulan Green Line. Semua kumpulan berjaya menamatkan aktiviti dan tugasan yang diberikan dengan jayanya.walaupun ada beberapa peserta yang tidak biasa dengan aktiviti yang disertainya,tetapi dengan semangat dari ahli lain membuatkan mereka tabah untuk meneruskannya. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka boleh diberi kata-kata pujian dan tahniah. Dibahagian dapur pula tidak kurang hebatnya dimana kaum-kaum ibu yang diketuai oleh chef Seri dan Mak Yang yang menyediakan juadah yang menarik dan lazat untuk semua yang hadir. Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang terlibat dalam perkhemahan keluarga KRB 2011. Semoga berjumpa lagi pada perkhemahan yang akan datang dan “SELAMAT TAHUN BARU 2012″ ASSALAMUALAIKUM WBT,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA KELAB RUMPUN BULUH. BERHATI-HATI DIJALAN RAYA,PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. SEMPENA DIBULAN RAYA INI,SATU MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AKAN DIADAKAN PADA : TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011 MASA : 8.00PM TEMPAT : NO.228 JALAN MEDAN 15,TAMAN MEDAN (KAWASAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK) HUBUNGI : COMANDER II (REMY) UNTUK MAKLUMAT TEMPAT. ATURCARA MAJLIS -07:45 MALAM – KEHADIRAN AHLI-AHLI KELAB DAN TETAMU JEMPUTAN -08:00 MALAM – BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT -08:30 MALAM – UCAPAN DARIPADA PENGERUSI KELAB -08:45 MALAM – UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KELAB DAN MAJLIS PERASMIAN KRB -08:55 MALAM – PERCIKAN BUNGA API -09.00 MALAM – JAMUAN MAKAN DAN RAMAH MESRA -09.30 MALAM – PENYAMPIAN KAD DAN SIJIL KEAHLIAN -10.00 MALAM – CABUTAN BERTUAH “Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa.. Dalam bergurau mungkin terlanjur senda.. Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota.. Dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa.. Jika ada kemaafan.. Itu jualah yang dipinta.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN..” "MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MAJLIS PERASMIAN KRB Pada tarikh 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah, adalah malam yang penuh bersejarah buat semua ahli KRB.Dari perancangan awal, berbagai kelemahan dan kekurangan yang hadapi tetapi ini tidak mematahkan semangat untuk meneruskan niat mengadakan Majlis Aidilfitri dan Majlis Perasmian Kelab Rumpun Buluh tanpa berasa jemu sehinggalah menampakkan hasilnya. Berkat doa setiap kali sebelum dan selepas bermesyuarat yang dibacakan oleh Pengerusi Kelab dengan izinnya dipermudahkan tanpa disedari. Dengan keadaan cuaca yang amat baik sekali,dengan suasana lokasi yang amat terbuka lagi santai membuatkan suasana lebih ceria lagi meriah,kehadairan tetamu yang begitu ramai bagi menyerikan lagi majlis.Ucapan Terima Kasih kepada penaja yang amat bermurah hati memberikan sumbangan dan tenaga dalam menjayakan lagi majlis pada malam itu. “PETIKAN KATA-KATA DARIPADA PENGERUSI KELAB” Assalamualaikum ahli KRB. Alhamdulillah bersyukur kita kpd Allah s.w.t. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. Maha merancang segalanya.Apa yang kita rancang telah pun membuahkan kejayaan. Saya selaku Pengerusi KRB merasa amat terharu,gembira dan bangga dengan seluruh warga KRB yang bergitu bersemanggat menjayakan majlis Jamuan Hari Raya dan Perasmian KRB. Apa yang saya dapat lihat pada malam itu adalah sesuatu yang tak terduga sama sekali, dengan suasana yang ceria lagi meriah,kehadairan tetamu yang begitu ramai menyerikan lagi majlis, kemesraan isteri isteri , bapa bapa dan anak anak serta beramah mesra bersama tetamu menjadikan malam itu terlalu menggembirakan, menyeronokkan dan tiada bahasa yang indah untuk di sama ertikan dengan kejayaan ini. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH KRB.Saya mewakili semua ahli KRB mengucapkan jutaan terima kepada mereka yang mulia hatinya memberi sumbangan dan tenaga di dalam menjayakan majlis ini. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. “Ya Allah, kami mohon pada mu, berkatilah majlis ini, jadikan KRB kelab yang mendapat keredhoan dari mu, lindungilah kami dan limpahkan rahmat mu di setiap aktiviti yang kami lakukan, sesungguhnya kami adalah insan yang kerdil lagi hina di sisi mu, jadikanlah kami insan yang sentiasa mengingati mu, sesungguhnya yang baik itu adalah dari mu dan segala kelemahan itu adalah dari kami maka itu jadikan kami insan yang sentiasa sujut dan redho dengan mu. Amin Amin Amin Yarobal’alamin. Kejayaan dan kekuatan terletak pada hati yang IKHLAS. Semoga KRB terus maju,terus maju dan terus maju . Wassalam. Pegerusi KRB. Kaz Latiff Pada 24 hingga 26.06.2011, seramai 9 ahli KRB telah berada dikem Hidayah,Sungai Gading. Perjalanan pada sebelah malam adalah satu pergalaman yang amat menarik sekali.Perkhemahan selama 3hari ini amat menguji mental dan fizikal ahli kelab kerana setiap ahli diuji untuk melakukan aktiviti ikthiar hidup. setiap kumpulan mempunyai 2 orang dan perlu menjalankan tugasan masing-masing dengan berbekalkan beras,telur,segenggam ikan bilis,2 biji bawang,2 biji kentang dan ikan 2 ekor untuk dimasak dan menjadi bekalan makanan sehingga kepetang. Ahli juga dikehendaki menyediakan penginapan sementara untuk berlindung sekiranya hujan.Semua peralatan memasak hendaklah menggunakan dari sumber alam dan ahli perlu memasak dan memakan kesemua bekalan yang dibekalkan. Alhamdullillah kesemua kumpulan berjaya menamatkan uji yang diberikan dengan baik.
Pada sebelah malamnya diadakan santapan memanggang dan disusuli dengan malam kebudayaan dimana setiap ahli perlu menyediakan 2 topik mengikut apa yang telah diberikan oleh Commander II. TAHNIAH KEPADA AHLI YANG TELAH BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN DAN RINTANGAN YANG DIBERIKAN”.TERIMA KASIH KEPADA COMMANDER I DAN COMMANDER II KERANA TERUS MENBIMBING AHLI UNTUK TERUS MENIMBA ILMU DAN MENAMBAH PENGETAHUAN. “ALL THE BEST TO ALL” Terima Kasih. Pada 23-26 Disember 2010, seluruh warga KRB telah berkumpul di kawasan Perkhemahan Sg Gading.Acara tahunan ini diadakan pada setiap hujung bulan 12 .Perkhemahan kali ini telah diatur banyak aktiviti yang melibatkan semua ahli KRB. Terdapat 4 kumpulan (Petrol) iaitu Petrol Gajet, Petrol Rimba,Petrol Victory dan Petrol Jerung. Setiap Petrol hendaklah melantik seorang ketua,pembantu dan Quater master yang mempunyai 5 orang ahli dan mereka akan dinilai melalui semangat berpasukan, kerjasama dan ketahanan mental dan fizikal. Kesemua mereka akan bergerak bersama-sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang perlu mereka hadapi ialah :-
|