Pada 23-26 Disember 2010, seluruh warga KRB telah berkumpul di kawasan Perkhemahan Sg Gading.Acara tahunan ini diadakan pada setiap hujung bulan 12 .Perkhemahan kali ini telah diatur banyak aktiviti yang melibatkan semua ahli KRB. Terdapat 4 kumpulan (Petrol) iaitu Petrol Gajet, Petrol Rimba,Petrol Victory dan Petrol Jerung. Setiap Petrol hendaklah melantik seorang ketua,pembantu dan Quater master yang mempunyai 5 orang ahli dan mereka akan dinilai melalui semangat berpasukan, kerjasama dan ketahanan mental dan fizikal. Kesemua mereka akan bergerak bersama-sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang perlu mereka hadapi ialah :-
- IKhtiar Hidup
- Menyampaikan pesanan
- Pertolongan cemas
- Pergerakan Kecemasan dalam halangan yang berliku
- Malam Kebudayaan.