KELAB RUMPUN BULUH begitu sinonem bagi kalangan remaja dan ahli perkhemahan yang pernah menyertai aktiviti kelab ini khususnya dalam kawasan KL and Petaling Jaya. Ianya tertubuh dan diasaskan oleh gabungan bekas pelajar Pengiftirafan Pengakap Agong 1986 disamping mendapat galakkan serta sokongan dari kalangan remaja dan dewasa khususnya bagi mereka yang meminati cabaran dan suasana hutan yang cukup komplek untuk dihuraikan.
Antara contoh generasi pengakap sekarang agak longgar peraturan dan latihan yang diberikan. Malah tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa ada kalangan pengakap yang tidak dapat membezakan perkhemahan atau perkhelahan. Ini amat merisaukan kerana mereka tidak diberi tunjuk ajar yang betul mengenai asas dalam perkhemahan mahupun perkenalan tentang hutan.
Bertolak titik dari itu, kami merasakan adalah menjadi tanggungjawab sosial untuk menarik minat remaja dan dewasa kalangan kita untuk menyertai aktiviti anjuran KRB. Aktiviti KRB bukanlah dikhususkan untuk pengakap sahaja tapi ianya dibuka luas untuk sesiapa juga serta yang berkeluarga asal saja mereka meminati perkhemahan dan cabaran hutan secara asasnya.
RINGKASAN EKLUSIF Remaja adalah tonggak kepada sesebuah negara, ini kerana mereka merupakan barisan pelapis yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan. Bagi melahirkan pemimpin berwibawa atau masyarakat yang berguna, pendedahan awal tentang semangat berpasukan, tolong menolong, menghormati orang yang lebih tua, guru, ibubapa serta pemimpin harus diterapkan di samping berupaya menyesuaikan diri didalam keadaan sukar mahu pun senang.Progam ini merupakan latihan yang berasaskan ilmu berpengakap yang diturunkan oleh jurulatih yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam ilmu berpengakap. Mereka merupakan Pengakap Diraja yang telah dilatih dan ditauliahkan serta masih mengamalkan ilmu berpengakap walaupun telah berkeluarga. Peserta akan diberi latihan untuk berdikari, menghargai alam sekitar, semangat berpasukan, toleransi dan disiplin. Program ini akan mencipta pengalaman yang berbeza terhadap ilmu perkemahan dan memberi ruang kepada peserta membina keyakinan diri selain meningkatkan kemahiran berpengakap.
MATLAMAT KELAB Maklumat kelab ini ditubuhkan adalah untuk :
-Melatih peserta menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.
-Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
-Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.
-Melatih Berdikari.
-Mengeratkan tali persaudaraan antara peserta dan rakan yang lain.
-Menggalakkan Kerjasama dan bekerja dalam berpasukan.
-Menyedarkan peserta agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.
MISI Merancang dan melaksanakan pelbagai program berdasarkan minat dan kebolehan dan membentuk insan yang seimbang dari segi mental ,Rohani dan Jasmani. Membentuk masyarakat yang bertanggunjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara.
OBJEKTIF Memberi ruang kepada generasi akan datang untuk mempelajari cara kehidupan dihutan , dan mencintai alam ciptaan Tuhan. Mencipta pengalaman dan pengetahuan serta saling berkerjasama dalam berpasukan serta melatih dan memimpin peserta untuk menjadi generasi contoh pada masa akan datang.
AKTIVITI Program ini merupakan aktiviti yang dimana ianya merangkumi 80 peratus aktiviti praktikal dan 20 peratus aktiviti teori. Program ini bertahap pendedahan awal dan pertengahan. Peserta akan didedahkan tentang ilmu perkemahan, menghargai alam semulajadi, latihan berpengakap seperti menggunakan ikatan secara praktikal, pertolongan cemas, gadjet dan ikhtiar hidup. Peserta akan diberi aktiviti secara senario dimana dalam aktiviti ini peserta akan menerima arahan dan harus menyempurnakan arahan itu dengan mengamalkan segala ilmu berpengakap yang seperti ikatan, pertolongan cemas disamping ikhtiar hidup. Peseta juga didedahkan ilmu ikhtiar hidup dihutan seperi bagaimana cara-cara memasak didalam hutan seperti menghidupkan api dan lain-lain.
JURULATIH & PETUGAS Program ini akan dilatih oleh 4 orang Pengakap Agong yang mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam ilmu berpengakap. Terdapat 15 orang petugas yang berpengalaman didalam aktiviti hutan bagi menjamin keselamatan kepada ahli atau perserta – perserta.
KESIMPULAN Program ini akan mencipta pengalaman yang berbeza terhadap ilmu perkemahan dan memberi ruang kepada peserta membina keyakinan diri selain meningkatkan kemahiran berpengakap. Di akhir program ini peserta akan memiliki kemahiran sebenar asas perkemahan, disamping nilai-nilai setia kawan, disiplin, berdikari termasuk semangat berpasukan. Program ini akan menjadi nilai tambah keatas aktiviti kokurikulum sekolah dimana ianya akan menambah kemahiran seseorang pengakap.