ASSALAMUALAIKUM WBT,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA KELAB RUMPUN BULUH.
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA,PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
SEMPENA DIBULAN RAYA INI,SATU MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AKAN DIADAKAN PADA :
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011
MASA : 8.00PM
TEMPAT : NO.228 JALAN MEDAN 15,TAMAN MEDAN
(KAWASAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK)
HUBUNGI : COMANDER II (REMY) UNTUK MAKLUMAT TEMPAT.
ATURCARA MAJLIS
-07:45 MALAM – KEHADIRAN AHLI-AHLI KELAB DAN TETAMU JEMPUTAN
-08:00 MALAM – BACAAN TAHLIL DAN DOA SELAMAT
-08:30 MALAM – UCAPAN DARIPADA PENGERUSI KELAB
-08:45 MALAM – UCAPAN DARIPADA PENASIHAT KELAB DAN MAJLIS PERASMIAN KRB
-08:55 MALAM – PERCIKAN BUNGA API
-09.00 MALAM – JAMUAN MAKAN DAN RAMAH MESRA
-09.30 MALAM – PENYAMPIAN KAD DAN SIJIL KEAHLIAN
-10.00 MALAM – CABUTAN BERTUAH
“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa..
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda..
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota..
Dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa..
Jika ada kemaafan..
Itu jualah yang dipinta..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN..”
"MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MAJLIS PERASMIAN KRB
Pada tarikh 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah, adalah malam yang penuh bersejarah buat semua ahli KRB.Dari perancangan awal, berbagai kelemahan dan kekurangan yang hadapi tetapi ini tidak mematahkan semangat untuk meneruskan niat mengadakan Majlis Aidilfitri dan Majlis Perasmian Kelab Rumpun Buluh tanpa berasa jemu sehinggalah menampakkan hasilnya. Berkat doa setiap kali sebelum dan selepas bermesyuarat yang dibacakan oleh Pengerusi Kelab dengan izinnya dipermudahkan tanpa disedari. Dengan keadaan cuaca yang amat baik sekali,dengan suasana lokasi yang amat terbuka lagi santai membuatkan suasana lebih ceria lagi meriah,kehadairan tetamu yang begitu ramai bagi menyerikan lagi majlis.Ucapan Terima Kasih kepada penaja yang amat bermurah hati memberikan sumbangan dan tenaga dalam menjayakan lagi majlis pada malam itu.
“PETIKAN KATA-KATA DARIPADA PENGERUSI KELAB”
Assalamualaikum ahli KRB.
Alhamdulillah bersyukur kita kpd Allah s.w.t. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. Maha merancang segalanya.Apa yang kita rancang telah pun membuahkan kejayaan. Saya selaku Pengerusi KRB merasa amat terharu,gembira dan bangga dengan seluruh warga KRB yang bergitu bersemanggat menjayakan majlis Jamuan Hari Raya dan Perasmian KRB.
Apa yang saya dapat lihat pada malam itu adalah sesuatu yang tak terduga sama sekali, dengan suasana yang ceria lagi meriah,kehadairan tetamu yang begitu ramai menyerikan lagi majlis, kemesraan isteri isteri , bapa bapa dan anak anak serta beramah mesra bersama tetamu menjadikan malam itu terlalu menggembirakan, menyeronokkan dan tiada bahasa yang indah untuk di sama ertikan dengan kejayaan ini. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH KRB.Saya mewakili semua ahli KRB mengucapkan jutaan terima kepada mereka yang mulia hatinya memberi sumbangan dan tenaga di dalam menjayakan majlis ini. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan.
“Ya Allah, kami mohon pada mu, berkatilah majlis ini, jadikan KRB kelab yang mendapat keredhoan dari mu, lindungilah kami dan limpahkan rahmat mu di setiap aktiviti yang kami lakukan, sesungguhnya kami adalah insan yang kerdil lagi hina di sisi mu, jadikanlah kami insan yang sentiasa mengingati mu, sesungguhnya yang baik itu adalah dari mu dan segala kelemahan itu adalah dari kami maka itu jadikan kami insan yang sentiasa sujut dan redho dengan mu. Amin Amin Amin Yarobal’alamin.
Kejayaan dan kekuatan terletak pada hati yang IKHLAS.
Semoga KRB terus maju,terus maju dan terus maju .
Wassalam.
Pegerusi KRB.
Kaz Latiff