Kelab Rumpun Buluh telah mengadakan Perkhemahan Keluarga 2011 yang bertempat di kawasan perkhemahan Sg Gading,Tg Malim pada 23 hingga 25hb Disember.Perkhemahan yang disertai hampir 80 orang ini telah melakarkan kejayaan yang berbeza seperti tahun – tahun yang sebelumnya. Walaupun perkhemahan kali ini mempunyai cabaran dan rintangan dari segi technical dan kekurangan main power, tetapi dengan semangat dari ahli kelab yang lain,semuanya dapat diatasi dengan baiknya.Beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dilakukan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu semasa seisi perkhemahan.Walaupun begitu, beberapa aktiviti yang dapat dijalankan seperti :
> Team building
> Menyampaikan pesanan
> Menghidupkan api berkumpulan
> Mencari harta karun
> Kombat ( aktiviti malam )
> Menghidupkan api didalam air
> Aktiviti kanak – kanak
Setiap aktiviti yang dijalan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh Commander I & II.Setiap kumpulan mempunyai 6 orang peserta yang dipimpin oleh 4 orang Co-leader iaitu
1. Co-Leader Jamil memimpin kumpulan Bamboo
2. Co-Leader Kassim memimpin kumpulan Nafas
3. Co-Leader Bob memimpin kumpulan Black Warrior
4. Co-Leader Jaafar memimpin kumpulan Green Line.
Semua kumpulan berjaya menamatkan aktiviti dan tugasan yang diberikan dengan jayanya.walaupun ada beberapa peserta yang tidak biasa dengan aktiviti yang disertainya,tetapi dengan semangat dari ahli lain membuatkan mereka tabah untuk meneruskannya. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka boleh diberi kata-kata pujian dan tahniah. Dibahagian dapur pula tidak kurang hebatnya dimana kaum-kaum ibu yang diketuai oleh chef Seri dan Mak Yang yang menyediakan juadah yang menarik dan lazat untuk semua yang hadir.
Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang terlibat dalam perkhemahan keluarga KRB 2011. Semoga berjumpa lagi pada perkhemahan yang akan datang dan “SELAMAT TAHUN BARU 2012″