Perkhemahan diLubuk Corn pada 28 & 29hb April 2012. Perkhemahan selama 2 hari satu malam ini adalah lebih fokus kepada Saudari Ina & Siti untuk merasai pengalaman separa servival dimana mereka diuji dari segi Mental dan Fizikal dengan membuat pelantar penginapan mereka sendiri disamping perlu menghidupkan api dan memasak nasi didalam buluh secara individu.Ini adalah sebahagian ujian awalan untuk mereka mencapai ketahap Co-leader. Walaupun kelihatan agak penat kerana perlu mencari buluh dan membina pelantar,semangat dan ketahanan mental telah membuatkan mereka berjaya menyempurnakan semua ujian yang diberi walaupun ada yang perkara yang perlu dibantu dari Co-leader dan Command II. Perkhemahan ini diserikan lagi dengan kehadiran Command I sekeluarga pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat kepada mereka berdua.Pada hari kedua,mereka telah dibimbing oleh Co-leader untuk menghidupkan api serta memasak nasi diatas air.Tahniah kepada Saudari Ina & Siti yang telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh melakukannya.TAHNIAH DARI KAMI SEMUA.
RIBUAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA COMMAND I SEKELUARGA KERANA TURUT SAMA MEMBANTU MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI. KEPADA MAS IDAYU,SYAFIQAH,IZZATI,RAHMAT JUGA TERIMA KASIH DENGAN KOMITMEN YANG DITUNJUKKAN DAN ANDA JUGA PASTI AKAN MERASAI PENGALAMAN YANG SAMA DIMASA AKAN DATANG,INSYALLAH.BERJUMPA LAGI DIPERKHEMAHAN YANG AKAN DATANG.