Kelab Rumpun Buluh telah menerima sebuah kumpulan iaitu BC Builder dimana mereka inginkan satu perkhemahan yang santai. Dengan jumlah ahli seramai 12 orang mereka telah diberikan sedikit pendedahan kepada hutan dan beberapa aktiviti telah diaturkan buat mereka, antaranya seperti Leadership, Combat ( Aktiviti Malam ) dan menghidupkan api. Walaupun jumlah yang agak kecil, tetapi mereka telah menunjukkan satu komitmen yang tinggi. Tahniah kepada Kumpulan BC Builder.
Pada 22- 25 Disember 2012 Perkhemahan Keluarga & Remaja telah diadakan ditapak perkhemahan Sg Gading,Tg Malim.Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 24 orang peserta yang dibahagikan kepada 4 petrol.Perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka akan kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan perancangan. Terdapat juga anak – anak ahli keluarga yang turut diberi aktiviti seperti ikatan, menghidupkan api dan memasak telur dalam tanah.
Peserta juga diberi penekanan asas dalam penggunaan tali untuk membuat ikatan serta kegunaannya dalam mendirikan khemah dan membuat gajet. Antara simpulan dan ikatan asas yang dipelajari :- - Buku Sila - Simpul Manuk - Simpulan Balak - Simpulan Serong - Simpulan Seraya. Antara objektif perkhemahan ini dijalankan adalah bagi:- 1.Melatih setiap peserta supaya dapat berdikari dan sentiasa bersedia. 2.Melatih peserta menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3.Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah. 4.Memberi peluang kepada peserta mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang mereka ada. 5.Menggalakkan para peserta mengenali antara mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6.Merapatkan hubungan persaudaraan di antara peserta,leader dan pemimpin. 7.Memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. 8.Menyedarkan para peserta agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. 9.Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar. 10.Memupuk sikap berani di kalangan peserta. 11.Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. Disamping itu juga peserta mendapat faedah daripada perkhemahan yang dijalankan seperti:- 1.Berdikari dan ikhtiar hidup. 2.Mengamalkan kebersihan. 3.Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan. 4.Merancang segala aktiviti dan keperluan. 5.Cergas dan yakin pada diri sendiri. 6.Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan. 7.Menghilangkan tekanan. 8.Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. 9.Mengelakkan daripada gejala social yang tidak sihat. 10.Semangat setia kawan dan Bekerjasama. Sepanjang pekhemahan berjalan,beberapa aktiviti telah dirancang untuk peserta seperti :- - Team Building - Night Walk - Malam suai kenal - Rintangan Tali – Monkey Bridge - Aktiviti dalam air (Leadership) - Malam kebudayaan Walaupun terdapat beberapa masalah,kerana ada peserta yang pertama kali menyertai perkhemahan dan tidak mendapat kesefahaman tetapi mereka dapat menamatkannya dengan baik.Pihak Penganjur mengucapkan “TAHNIAH” kepada semua peserta yang terlibat semoga mendapat banyak menafaat sepanjang perkhemahan tersebut dijalankan. TERIMA KASIH KEPADA ADVISER KELAB,COMMAND 1 & II,CO-LEADER,KAK SALLY,KAK YATI,MAK YANG,SERI(CHEF 5*), KAUM – KAUM IBU DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PERKHEMAHAN REMAJA INI.”ALL THE BEST TO YOU”. SEMOGA BERJUMPA LAGI… Sekian Terima Kasih |