Pada 21-23hb Januari 2012 seramai 10 orang ahli KRB telah mengadakan perkhemahan di Lubuk Hidayah.Perkhemahan ini kursus kepada Co-leader dimana mereka ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 5 orang dimana setiap kumpulan diberikan tugasan ikthiar hidup dengan menggunakan alatan dari sumber hutan dari segi peralatan memasak dan tempat perlindungan. Perkhemahan kali ini juga menguji ketahanan mental dan fizikal dimana setiap kumpulan hendaklah menyiapkan sebuah rakit yang akan digunakan untuk pulang melalui sungai sehingga ke penghujung destinasi.Ternyata cabaran yang diterima tidak semudah yang disangka kerana terlalu banyak halangan,rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang aktiviti berakit dijalankan. Fizikal sungai yang berbatu lebih menyukarkan kami untuk berakit dengan lancar.Walaupun tidak sampai ke destinasi seperti yang dirancang kerana halangan oleh sebatang pokok yang tumbang dan menghalang laluan berakit,tapi kami semua puas kerana berjaya mengharunginya dan mungkin kesinambungan berakit ini pasti akan dirancang semula sehingga kami capai kedestinasi yang dirancang. Kepada Co-leader dan semua ahli yang terlibat “TAHNIAH” kerana bersama mengharungi cabaran dan rintangan ini.Jumpa anda di “PERKHEMAHAN REMAJA 2012″ pada 10-12hb March 2012.
|